Monday, January 2, 2017

Pukul 5.02 petang-Isnin-2/1/17

Study dah kelaut dah harini. Entahlah kenapa. Baca pon mampu kejap-kejap je. Mood aku weak betol lah harini. Aku duk teringat mak aku kat rumah tu katanya pening masih tak hilang. Aku pun telefon la mak nak bertanya khabar. Mak kata pening tu dah kurang sikit. Boleh dah jalan merata. Aku tanya mak aku makan apa tengahhari tadi. katanya makan masakan kakak aku. aku syak kakak aku ulang alik masak untuk mak aku. aku boleh rasa mak aku tak sihat lagi dari pening dia ni. Kalo tak takkan la kakak aku duk ulang alik beli sarapan lah masak lah. Weiii aku sedihhh. Mak aku bercakap cam takde pape lah jangan risau camtu. Tapi aku tetap nak risau jugak. Kesian kakak aku dah la nak exam cam aku jugak. Aku doakan yang terbaik buat hang angah sebab jengu-jenguk mak. Moga hang berjaya dalam degree hang dan dimurahkan rezeki aminn..

Sekarang dah tahun 2017. Adakah aku sudah berubah?

Aku nak jadi better person. Oh Allah guide me please.