Monday, January 2, 2017

Pukul 5.02 petang-Isnin-2/1/17

Study dah kelaut dah harini. Entahlah kenapa. Baca pon mampu kejap-kejap je. Mood aku weak betol lah harini. Aku duk teringat mak aku kat rumah tu katanya pening masih tak hilang. Aku pun telefon la mak nak bertanya khabar. Mak kata pening tu dah kurang sikit. Boleh dah jalan merata. Aku tanya mak aku makan apa tengahhari tadi. katanya makan masakan kakak aku. aku syak kakak aku ulang alik masak untuk mak aku. aku boleh rasa mak aku tak sihat lagi dari pening dia ni. Kalo tak takkan la kakak aku duk ulang alik beli sarapan lah masak lah. Weiii aku sedihhh. Mak aku bercakap cam takde pape lah jangan risau camtu. Tapi aku tetap nak risau jugak. Kesian kakak aku dah la nak exam cam aku jugak. Aku doakan yang terbaik buat hang angah sebab jengu-jenguk mak. Moga hang berjaya dalam degree hang dan dimurahkan rezeki aminn..

Sekarang dah tahun 2017. Adakah aku sudah berubah?

Aku nak jadi better person. Oh Allah guide me please.

Saturday, December 31, 2016

Bye 2016 and Hi 2017

Pukul 12.40 tengah malam- Ahad- 1/1/17

Aku study sampai tak sedar dah lepas pukul 12 tengah malam. Duk belek-belek lecture note ni banyak lagi nak kene habiskan. Pastu aku buka FB. Banyak post pasal diorang punya life sepanjang tahun 2016, ucapan selamat tahun baru, best of nine (insta), lawak tahun baru dan sebagainya. Aku pun tak terlepas dari post ucapan selamat tahun baru tapi dalam bahasa jepun lah ahahaha. Akemashite omedetou gozaimasu. Dah ambik third language japaness kena lah practice hihi.

Peristiwa yang diingati pada tahun 2016?
- bulan february aku kena UV conjuctivitis akibat tidur lambat berhari-hari dan tengok pc layan K-drama. Dr tu cakap pasal terdedah dengan sunlight tapi aku rasa tak.
- bulan yang sama aku dapat result exam yang sadis.
- gagap nak present in english  memang ketara gila sebab dah lama tak present kot.
-aku tegur member lama dalam  FB messenger tapi dia balas dengan sticker je. Aku sedih tau weh ko diam camtu je kan.
- bulan mac beli printer pastu buat bisnes printing.
- ada satu time tu aku sedih yang aku ni 'forever alone' sebab suka jalan sorang-sorang buat semua sorang-sorang. sedih gila time ni btw sekarang aku dah tak kisah haha.
-bulan jun aku beli smartphone baru. habis jatuh miskin aku lepas tuh.
- start crush dengan dr.beni masa dia buat talk kat kolej. Dah la handsome comel pulak perangai haha. Pastu aku start follow dia kat IG. banyak jugak la kata-kata motivasi dia yang aku suka. termotivated kejap jela.
- aku asal jom je. Hasilnya aku dah sampai sg chilling waterfall, shah alam, bagan lalang beach resort. itu je kahkah.
- tak boleh lupa macam mana boleh aku boleh bangun lambat nak main bola tampar. orang lain dah tunggu. melepaslah kiranya. memang terkesan penyesalan dalam jiwa aku time tuh.
- first time naik keta dengan strangers pegi setia alam. terdesak nak beli barang punya pasal .strangers dalam kolej la bukan orang luar. tapikan aku terharu masih ada lagi orang yang baik dalam dunia nih emm walaupun dalam otak aku time tuh duk pikir camna nak loloskan diri dalam keta kalau diorang ni tetiba berbuat jahat haha.
- first time aku terlibat dalam program volunteering NGO. Serious best!
- tahun ni jugak aku beberapa kali menangis berduka lara sebab aku rasa down. serious down. first time nangis depan orang weh maluuu yaaa amat.
-tahun ni jugak ada peristiwa pedih terjadi dalam keluarga aku. my sisters gaduh dan bermasam muka sebab hutang dan peristiwa-peristiwa lain dalam keluarga aku. bagi aku benda-benda macam ni kalau boleh tolong la elakkan sebab parut dalam hati bukan senang nak hilang.
- tahun ni juga bapak dan mak aku kerap sakit. aku sedih sangat dan berharap diorang sihat sentiasa.
-dan terakhir yes kisah mak aku masuk hosp pening akibat darah tinggi. sekarang mak aku pon duk pening lagi bila nak bangun kena pakai tongkat bila nak jalan, siap practice naik wheelchair lagi. Dalam hati aku berharap sangat mak dan bapak dijauhkan daripada penyakit. aku risau mereka sudah semakin tua.

 Dah pukul 1.38 pagi tau. karang merah pulak mata. Kbye.




Tuesday, December 27, 2016

Pukul 2.40 petang-Selasa-27/12/16

Baru je lepas habis printing untuk orang tadi. Banyak jugak dia suh print tapi takpe itu dah jadi punca pendapatan sampingan aku kat kolej ni. Alah bukan banyak pon untung tapi duit untung tu boleh la cover balik duit ink printer dengan duit kertas A4 pastu boleh la cedok sikit untuk aku bila time sesak ahhhaa. Itu cerita pasal bisnes kecil aku.

Sekarang aku nak cerita kisah aku hari ni. Pagi tadi aku check whatsapp abang aku kata mak aku pening sampai tak boleh bangun gara-gara makan kambing. Mak aku memang ada penyakit darah tinggi tapi jenis tak makan ubat pape. Bab pantang makan lagilah memang tak ah mak aku tu jenis pantang nampak makanan favorite dia. Nasib baik abang aku balik kampung minggu ni. Disebabkan risau dengan keadaaan mak aku ni kakak2 dan abang2 aku balik. Nak hantar mak pi hospital tapi mak pulak tak nak. Tengah hari tadi baru dapat berita yang mak dah ada kat kecemasan. Nasib baik mak pegi jugak hospital tu. Mak dan bapak aku memang sama je perangai kalau bab-bab susah nak pegi hospital ni. Mak kena tahan wad. Semoga mak cepat sembuh.

Untuk seketika aku rasa risau dan pada masa yang sama aku rasa useless. Yelah bila aku dah ada kat sini jauh dari keluarga kalau mak bapak sakit kat rumah tu aku memang tak boleh tolong pape. Dah la lambat lagi nak habis belajar ni huu..

Monday, December 26, 2016

Pukul 5.17 petang-Isnin-26/12/16

Aku tak tau apa yang ada dalam fikiran aku sekarang ni. Serabut. Daripada katil aku pindah ke meja belajar. pandang keluar tingkap tengok langit. Memang nice cuaca harini. Angin sejuk pulak masuk melalui tingkap memang perghh...rasa nak tertidur pun ada jugak. Sambil duduk termenung aku capai biskut hup seng. Masih lagi memikir nasib diri aku. adalah masalahnya..tapi susah bagi aku untuk aku luah kan. Hormon ni..saje je kan nak kacau mood aku. 

Minggu ni merupakan 'study week' al maklum nak final exam dah. baru baca lecture note yang kedua ada orang ketuk bilik aku katanya nak print. Habis print pi online pulak pastu haa sudah kesini pulak aku. entah la kenapa tetiba teringat blog ni. Aku pikir nak kemas kini blog ni. bersawang sangat. lama sangat aku tak post pape kat sini. Aku rasa aku perlukan blog ni sebagai medium aku luahkan rasa aku. Rasa hati aku..fikiran aku..cerita aku dan juga pengalaman aku sendiri. 

Jadinya, post ni akan jadi yang terawal sebab aku nak padam post-post yang lama. Bebudak sangat ayat aku sebelum ni haha sebab tu nak padam. Rasa tak bermanfaat sangat haha kbye.