Monday, December 26, 2016

Pukul 5.17 petang-Isnin-26/12/16

Aku tak tau apa yang ada dalam fikiran aku sekarang ni. Serabut. Daripada katil aku pindah ke meja belajar. pandang keluar tingkap tengok langit. Memang nice cuaca harini. Angin sejuk pulak masuk melalui tingkap memang perghh...rasa nak tertidur pun ada jugak. Sambil duduk termenung aku capai biskut hup seng. Masih lagi memikir nasib diri aku. adalah masalahnya..tapi susah bagi aku untuk aku luah kan. Hormon ni..saje je kan nak kacau mood aku. 

Minggu ni merupakan 'study week' al maklum nak final exam dah. baru baca lecture note yang kedua ada orang ketuk bilik aku katanya nak print. Habis print pi online pulak pastu haa sudah kesini pulak aku. entah la kenapa tetiba teringat blog ni. Aku pikir nak kemas kini blog ni. bersawang sangat. lama sangat aku tak post pape kat sini. Aku rasa aku perlukan blog ni sebagai medium aku luahkan rasa aku. Rasa hati aku..fikiran aku..cerita aku dan juga pengalaman aku sendiri. 

Jadinya, post ni akan jadi yang terawal sebab aku nak padam post-post yang lama. Bebudak sangat ayat aku sebelum ni haha sebab tu nak padam. Rasa tak bermanfaat sangat haha kbye.

No comments:

Post a Comment